SALAM TAARUF


Ustazah Suziwan


Salam perkenalan  dari saya Ustazah  Suziyani binti Che Wan @ Ustazah Suzi Wan. Saya pendidik dari KPM  akan sentiasa mendidik sehingga akhir hayat. Matlamat hanya satu, mengajak siapa sahaja untuk melakukan kebaikan. Saya yakin, kebaikan yang kita buat, Allah akan balas dengan kebaikan juga. Malah, Allah SWT menggalakkan setiap hamba-Nya berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Firman Allah bermaksud: "… Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan)…(Surah al-Baqarah, ayat 148)

Maksud firman Allah lagi "Barangsiapa yang berbuat kebaikan (sebesar biji dzarrah), nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan (sebesar biji dzarrah), nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula" . QS. Az-Zalzalah: 7-8

Justeru itu, sempena 2023, kita buka diari baharu..  kita sama-sama berazam untuk  melakukan banyak kebaikan demi kebaikan untuk kita menuju kepadaNya

Previous Post Next Post