ANUGERAH IKON GURU KOKURIKULUM SEBARU 2022/ 2023






 IKON KOKO...

14 Jan 2022..Saya telah dinobatkan sebagai salah seorang Ikon Guru Kokurikulum.. Tak pernah terdetik dalam hati untuk merangkul anugerah ini. Bila dapat mesej dari SU Koko yang saya terpilih, Terus terpacul lafaz.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah.

      Terima kasih tidak terhingga kepada Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Sungai Buloh kerana telah menghargai segala kerja buat saya bagi  sesi 2022 /2023. Terima kasih juga kepada Akademi Youtuber Malaysia (AYU) yang banyak mengajar saya mengenai penggunaan  teknologi digital dalam pendidikan. Ianya telah menyebabkan saya mampu berjalan seiring dengan guru-guru muda, walau hakikatnya dalam 6 tahun lagi saya akan pencen. lmu ini saya gunakan sepenuhnya untuk aktiviti kokurikulum  mahupun kurikulum. 


Rakan - rakan hebat Bidang Kemanusiaan 


Rakan-rakan sejawat yang turut mendapat angerah.. TAHNIAH 


    Anugerah Ikon Guru ( Anugerah Permana Citra - Kokurikukum) ini telah dinobatkan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti kokurikulum murid untuk sesi 2022 / 2023 . Sekalung tahniah juga untuk rakan-rakan sejawat yang turut mendapat  anugerah ini. TAHNIAH.

Bersama rakan-rakan guru SEBARU


Alhamdulillah... 

Previous Post Next Post