AKU & DOMAIN






Ahlan wasahlan 2023..

Penghujung 2022. Tanpa dirancang, tanpa diduga .. saya mula berjinak-jinak dengan ilmu baharu untuk menjadi Blogger Pendidikan hasil dari pempengaruh besar bos  AYU edufluencer YU Suffi. Adik beradik AYU terutamanya dari PAI AYU menjadi pemangkin semangat untuk berjihad dengan mata pena. Hasilnya, domain di bawah www.ustazahsuziwan.com berjaya dibeli. Saya sendiri tak percaya bahawa saya telah pun menjadi blogger pendidikan, sebelum ini pada 2020 saya telah pun bergelar youtuber pendidikan di bawah asuhan AYU. Apatah lagi rakan AYU saya Ustazah Huda Rohmat sangat membantu dgn meluangkan mengajar saya selok belok ilmu blogger. Masyaallah..adik beradik AYU sangat supportive. Kalau tidak kerana mereka, rasanya saya tidak akan sampai ke tahap ini. Kami ibarat aur dengan tebing-sentiasa bantu membantu support antara satu sama lain. Berada dalam circle adik beradik AYU, kami sentiasa rasa positif terhadap apa sahaja cabaran. Pendek kata , saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan aadik beradik AYU.





            Azam saya tahun ini sebagai blogger, saya ingin menyampaikan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan untuk  Islam. Doa saya, andainya blog saya memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada Islam, maka saya mohon Allah istiqamahkan saya untuk berjuang dengan mata pena. Andai sebaliknya, saya serahkan segalanya kepada Allah Taala kerana saya yakin Allah Maha Mengetahui . 


3 Comments

Previous Post Next Post