TAHUN BARU CINA

 

                                                         



                                                                HAPPY  CNY 2023


Tahun Baru Cina adalah  perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan seperti tahun arnab, harimau, ular dan lain-lain.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun akan  dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru . Mereka percaya ianya dapat menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti ChinaHong KongIndonesiaMacauMalaysiaFilipinaSingapuraTaiwanThailand, dan juga di pekan cina atau Chinatown  di merata dunia. 


Sumber

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina


Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2023 kepada seluruh rakan-rakan dari bangsa Cina ...

Menyambut Tahun Baru Cina adalah dibenarkan kepada orang Islam kerana ia merupakankan sambutan budaya atau adat  masyarakat Cina dan tidak berkaitan dengan perayaan keagamaan. Wallahu a'lam

Previous Post Next Post