MAJLIS APRESIASI SKUAD YASIN 2022

 Skuad Yasin SEBARU telah ditubuhkan pada 8 April 2022 . Tujuan Skuad ini ditubuhkan adalah untuk mengurus dan memastikan bacaan Yasin dan al Kahfi  setiap hari Jumaat dapat diadakan. Bermula dari itu , pelajar-pelajar telah disaring dan dipilih oleh ustazah masing-masing. Akhirnya 26 orang pelajar terdiri dari pelajar lelaki ting 3, 4 dan 5 telah dipilih. Merekalah yang telah menjayakan bacaan yasin dan al Kahfi setiap minggu. Sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak ini, satu majlis ringkas telah diadakan khusus untuk mereka pada 7 Dis 2022. Diharapkan anak-anak Skuad Yasin akan terus melakar kecemerlangan untuk masa depan . 




Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada asatizah hebat yang tidak jemu memerah tenaga setiap Jumaat untuk memastikan Program Bina Insan pelajar Islam iaitu bacaan Yasin dan al Kahfi dapat dijalankan dengan lancar. Kerjasama yang utuh anata kita membuahkan hasil yang cukup hebat.TAHNIAH!!




Previous Post Next Post